Runner Futsal Club

The Official Homepage Of Runner FC

Members

  • Cheras Jaya Futsal Club
  • RedsFC
  • Mohamad Ruzman Bin M. Zapawi
  • elseriya
  • Faez Farhan
  • Zaifulizan
  • sohok ismail
  • barose

Videos

Groups

Blog Posts

Arkib Runner FC


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Runner Shop

RM15

RM 15

RM 15

RM18

RM18

RM18

RM22

RM22

RM23

RM23

Baju = RM22
Seluar = RM15
Stokin = RM 10
1 set = RM 45

Baju = RM22
Seluar = RM15
Stokin = RM 10
1 set = RM 45

Baju = RM22
Seluar = RM15
Stokin = RM 10
1 set = RM 45

Baju = RM22
Seluar = RM15
Stokin = RM 10
1 set = RM 45

Baju = RM 20
Seluar = RM 14
Stokin = RM 10
1 set = RM 42

Baju = RM 20
Seluar = RM 14
Stokin = RM 10
1 set = RM 42

Baju = RM 20
Seluar = RM 14
Stokin = RM 10
1 set = RM 42
 

Photos

Loading…
  • Add Photos
  • View All

Senarai Penaja Runner FC





Jadual - Carta Liga - Keputusan - Runner FC

LFBK ZON PANTAI TIMUR

1. Delima Futsal Club
2. Gelombang Futsal Club
3. Lagenda Futsal Club
4. Master Scaff Futsal Club
5. Merc Futsal Club
6. Runner Futsal Club




Berita Runner FC

SEBARANG TAJAAN YANG INGIN DIHULURKAN BOLEH HUBUNGI :

SHAIFUL AFEZAN - 019-9143435
MOHD AFIQ - 010-5322929


---------------------------------------------------------------------------------------------
Grand Final LFBK

Kota Bharu,13 Julai 2010

Setelah lama menyepi dari arena futsal tanah air,pasukan Runner FC akan kembali menjalani latihan sebagai persediaan pasukan menghadapi pusingan akhir LFBK yang akan diadakan pada 23-25 Julai bertempat di Kuala Lumpur.

Setelah beberapa pemain pasukan Runner FC mendapat panggilan menyertai pasukan Liga Felda Kelantan maka pihak pengurusan akan mencari beberapa pemain baru untuk menyertai pasukan.

Selain itu pasukan juga akan mendapat pembantu jurulatih baru dari Lembah Klang untuk membantu jurulatih sedia ada bagi menghadapai kejohanan ini.Namun begitu identiti beliau masih dirahsiakan sehingga majlis tandatangan kontrak diadakan.


Runner Fc Tak Kecewa.
Pamer persembahan mantap ketika latihan pra musim di Kuala Lumpur


Lawatan Runner Fc ke Kuala Lumpur untuk persiapan pasukan sebelum tirai Liga Belia Kebangsaan Zon Timur dibuka dengan rasminya Januari depan berakhir dengan kekalahan 1-5 kepada KL Figos di Real Sport Arena, Klang.

Pertemuan dengan skuad KL Figos yang juga juara Liga Futsal Malaysia memberikan satu pengalaman berharga kepada para pemain Runner Fc untuk menimba seberapa banyak pengetahuan.

Jamhuri Zainudin dan Fadhil Hisyam menjaringkan dua gol dan satu lagi disumbangkan Saravanan Kumar untuk KL Figos manakala Runner Fc mendapat gol saguhati melalui jaringan Khairul Irfan pada awal separuh masa kedua.

Babak pertama perlawanan menunjukkan taraf kedua-dua pasukan apabila Runner dikejutkan dengan dua jaringan awal KL Figos melalui penyerang mereka, Jamhuri Zainudin yang mudah menewaskan penjaga gol Runner Fc.

Bersambung babak kedua, Runner Fc memperoleh gol pertama hasil satu serangan balas Nadzri Mat yang melorongkan bola dengan cantik kepada Khairul Irfan sebelum disudahkan kedalam gawang KL Figos untuk merapatkan jurang gol.

Kegembiraan mereka tidak bertahan lama apabila KL Figos berjaya menambah tiga lagi gol melalui serangan balas selepas pemain Runner melakukan kesilapan mudah ketika melancarkan serangan ke kubu lawan.

Ketua jurulatih Runner Fc, Mohd Afiq Amin berkata, kekurangan pengalaman serta ketahanan mental menjadi penyebab utama mengapa mereka mudah ditundukkan lawan yang rata-rata dibarisi pemain Kebangsaan.

KL Figos bukan calang-calang pasukan kerana dibarisi tujuh pemain kebangsaan malah menjuarai Liga Futsal Malaysia namun semangat melawan yang ditunjukkan para pemain nyata meningkat berbanding ketika menewaskan Cheras Jaya 3-0 dan seri 3-3 dengan Harimau Malaya.

Keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan pencapaian pasukan tetapi sedikit gusar dengan kekurangan stamina, mental serta komunikasi diantara pemain menyebabkan hantaran serta pergerakan pasukan menjadi terbatas, ujarnya.

Menurut Saiful Afezan yang juga pengurus pasukan, pencapaian para pemain dalam perlawanan persahabatan yang diatur membanggakan pihak pengurusan dan saya berjanji selepas ini lebih banyak perlawanan akan diatur di luar Kelantan untuk memantapkan pasukan.

Pengurusan Runner Fc juga berharap para pemain dapat menjadikan perlawanan dengan KL Figos sebagai batu loncatan kepada mereka untuk meningkatkan prestasi seterusnya menaikkan mutu permainan pasukan keseluruhan.

Bercakap dengan media, Saiful Afezan juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Runner Solution yang membiayai penginapan serta makan minum pemain dan pegawai pasukan.

Kami juga berterima kasih kepada Encik Fauzi Abdul Ghani yang telah memberikan diskaun sebanyak 40% untuk pengangkutan Runner Fc sepanjang lawatan mereka ke ibukota untuk latihan pra musim.

Oleh RedsFC pada 02:14
26/12/2009

---------------------------------------------------------------------------------------------

Runner Fc Benam Cheras Jaya.

RedsFC
Redskelate@yahoo.com.my

Runner Fc dalam rangka persiapan pasukan sebelum sepak mula Liga Futsal Belia Kebangsaan Zon Timur berjaya menewaskan Cheras Jaya Fc 3-0 dalam perlawanan persahabatan di Real Sport Arena, Klang, petang tadi.

Dua gol jaringan Nadzri Mat dan satu dari Annuardi Muhammad memberikan kemenangan pertama kepada Runner Fc dalam lawatan mereka ke ibukota.

Menurut Ketua Jurulatih Runner Fc, Mohd Afiq Amin, persembahan keseluruhan pemain menentang Cheras Jaya boleh dibanggakan tetapi dia sedikit tidak berpuas hati dengan barisan serangan yang mensia-siakan lapan peluang jaringan depan gol.

Pada perlawanan tadi, Runner Fc mencipta banyak ruang dan menguasai setiap sudut gelanggang untuk menekan Cheras Jaya tetapi ketumpulan yang menjadi masalah kepada pasukan.

Barisan serangan Runner mampu mencipta peluang tetapi gagal menterjemahkannya. Jika mereka mahu menewaskan KL Figos esok, semua peluang itu harus disudahkan kerana kita menentang barisan pemain negara bukan kelab futsal biasa, ujarnya.

Justeru itu, pertemuan menentang KL Figos nanti saya harapkan semua pemain mempamerkan persembahan terbaik mereka seterusnya menimba pengalaman berguna melawan skuad yang menimba pengalaman dari luar negara.

Pertemuan Runner Fc melawan KL Figos akan dilangsungkan di Real Sport Arena bermula jam 1 petang esok. Semua peminat futsal seluruh negara dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan bertanding.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Runner Perlukan Sumbangan Penajaan.

RedsFC
Redskelate@yahoo.com.my

Runner FC, pasukan yang muncul juara edisi pertama Kejohanan Futsal Terbuka Kelantan minggu lalu rayu sumbangan penajaan bagi menampung kos pasukan untuk bertanding dalam Liga Futsal Belia zon Pantai Timur yang akan bermula tidak lama lagi.

Shaiful Afezan, pengurus pasukan Runner Fc berharap ada pihak syarikat dan orang perseorangan yang berminat untuk bersama mereka mencatatkan kejayaan dalam pertandingan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Runner Fc merupakan sebuah pasukan yang mantap malahan boleh dikatakan antara paling menonjol di Kelantan ketika ini. Status selaku satu-satunya wakil Kelantan di Kejohanan Futsal Belia Kebangsaan diharapkan mampu menarik minat sesiapa sahaja untuk menaja kami.

Pada masa ini kami mengharapkan sumbangan penajaan dari segi pengangkutan kerana kejohanan ini akan berlangsung di Kuala Terengganu dan kami memerlukan kenderaan yang mampu membawa kesemua pemain Runner Fc nanti.

Selain itu, Runner juga mengharapkan penajaan dari segi kewangan bagi menampung perbelanjaan pasukan sepanjang kejohanan yang akan berlangsung dari Januari sehingga Julai tahun 2010.

Justeru itu, kami mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak untuk bersama kami mengharumkan nama negeri Kelantan dalam kejohanan Futsal Liga Belia nanti, ujar Saiful.

Sebelum itu, Runner Fc dalam rangka persiapan pasukan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Juara Kejohanan Pra Belia Kebangsaan Kelantan, Ismailian Fc tidak lama lagi.

Selepas ini, InsyaAllah jika tiada aral kami akan membawa pemain ke Kuala Lumpur untuk mengadakan dua perlawanan latihan bertemu pasukan dari Ibu kota sebelum bertolak ke Terengganu untuk perlawanan pertama yang dijangkakan akan bermula pada 8 Januari.

----------------------------------------------------------------------------------------------
Runner Fc Juara Futsal Kelantan.

RedsFC
Redskelate@yahoo.com.my

Penyertaan Runner FC dalam pertandingan Futsal Terbuka Kelantan, Piala Tan Sri Annuar Musa di HTO De Futsal, Kok Lanas, kelmarin membuahkan hasil lumayan setelah berjaya muncul juara menewaskan Guchil Kuala Kerai 1-0 dalam perlawanan akhir.

Selaku johan, Runner membawa pulang wang tunai RM5000, piala kejohanan dan hadiah iringan manakala Guchil Kuala Kerai mendapat wang tunai RM3000, piala dan hadiah iringan.

Tempat ketiga bersama disandang Idzhar Agensi dan wakil dari Machang. Kedua-dua pasukan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1000 beserta hadiah iringan.

Empat pasukan yang berjaya melayakkan diri ke suku akhir juga pulang ceria apabila mendapat wang tunai RM500 setiap pasukan.

Dalam perlawanan akhir kelmarin, Runner FC melakukan sepak mula dengan mengasak kubu lawan tetapi ketangkasan penjaga gol lawan berjaya menafikan tiga percubaan tepat penyerang skuad dari Pasir Tumbuh tersebut.

Guchil Kuala Kerai juga tidak ketinggalan apabila turut melakukan beberapa serangan berbahaya dan hampir membolosi gawang Runner Fc memaksa pemain bertahan di kubu sendiri.

Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan terikat 0-0.

Memasuki babak kedua, Runner Fc melakukan beberapa perubahan strategi dan ianya berkesan apabila Guchil Kuala Kerai kelihatan tertekan.

Ketika masa perlawanan tinggal dua minit, Runner berhaya memecah kebuntuan dan jaringan tersebut kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil bertugas memberikan kejuaraan pertama Runner FC seterusnya menutup musim cemerlang pasukan untuk tahun 2009.

Sebelum itu, perlawanan separuh akhir menyaksikan Runner FC menjinakkan Idzhar Agensi 1-0 manakala Guchil Kuala Kerai menundukkan pasukan Machang dalam penentuan sepakan penalti.

Semua hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengerusi Pertandingan Futsal Kelantan, Encik Yahya Jamada dan wakil-wakil penaja kejohanan.

---------------------------------------------------------------------------------------------
Runner FC, Runner Jr Lepas Peringkat Kumpulan.

RedsFC
Redskelate@yahoo.com.my

Pasukan Futsal Runner Fc dan Runner Jr berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua Kejohanan Futsal Terbuka Kelantan, Piala Tan Sri Annuar Musa di Hto de Futsal Kok Lanas setelah menamatkan pusingan kumpulan, pagi tadi.

Runner Fc menonjolkan aksi serba menjadi apabila menundukkanPemuda Ketereh 1-0 dalam perlawanan pertama sebelum mengesahkan tempat ke pusingan kedua apabila membelasah Guchil Kuala Kerai dengan jaringan 4-1.

Prestasi hebat pasukan Runner diteruskan pasukan pelapis mereka setelah turut melayakkan diri apabila menundukkan Armani Fc 2-0 dalam perlawanan penentuan. Perlawanan pertama Runner Jr berkesudahan mereka terikat 2-2 dengan Pulau Chondong.

Menurut ketua jurulatih Runner, Mohd Afiq Mohd Amin, prestasi pemain semakin meningkat serta mampu menonjolkan aksi terbaik mereka untuk menundukkan lawan.

Walau perlawanan pertama dengan Pemuda Ketereh kita menang dengan satu jaringan, pihak pengurusan faham kerana pasukan ini boleh dikatakan lambat panas sehingga disaing hebat lawan tersebut.

Mohd Afiq juga memuji persembahan pasukan pelapis Runner kerana mampu melepaskan diri seterusnya mencapai sasaran Pengurusan Runner untuk melihat pasukan ini layak ke pusingan kedua.

Perlawanan pusingan seterusnya esok, Runner Fc dijangkakan mendapat tentangan sengit setelah dijadualkan menentang PTPL Kota Bharu pada perlawanan kedua.

Manakala Runner Jr pula akan turun pada perlawanan kelapan menentang pasukan Padang Tembak Fc.

Kita berharap pemain Runner Fc dan Runner Jr mampu memberi persembahan terbaik dan menampilkan aksi kemas untuk menewaskan lawan.

Jadikan ia medan persiapan terbaik pasukan sebelum Runner bertolak ke Kuala Lumpur untuk perlawanan persahabatan disana. Setelah itu, kita akan ke Kuala Terengganu untuk perlawanan pertama Liga Belia dengan skuad yang betul-betul mantap, ujar Mohd Afiq.

---------------------------------------------------------------------------------------------
Runner Solution, Real 7 Taja Runner FC.

RedsFC
Redskelate@yahoo.com.my
9 Disember 2009

Berita gembira kepada pemain dan pengurusan Runner FC setelah dua buah syarikat, Runner Solution dan Real 7 Futsal bersetuju untuk menaja pasukan mereka sempena kejohanan Liga Futsal Belia Kebangsaan di Kuala Terengganu bermula awal Januari depan.

Menurut pengurus Runner FC, Saiful Afezan, pihak Runner Solution bersetuju menaja mereka sebanyak RM1500 untuk perbelanjaan pasukan tersebut ke Kuala Terengganu.

Penajaan yang diberikan sangat besar ertinya kepada Runner FC kerana ia dapat menampung serba sedikit kewangan pasukan untuk bertandang ke arena lawan dalam liga futsal.

Kesudian Runner Solution memberi tajaan membolehkan persiapan pasukan bergerak lebih lancar lebih-lebih lagi mereka kini dalam persiapan untuk mengukuhkan skuad, ujar Saiful.

Saiful Afezan juga berterima kasih kepada pihak Real 7 Futsal, Pasir Tumbuh yang turut berminat untuk menaja gelanggang futsal dan memberikan baju latihan percuma kepada pemain Runner FC.

Real 7 Futsal telah memberikan kebenaran kepada kami untuk menggunakan gelanggang futsal mereka sebanyak tiga kali seminggu dan ini memberikan banyak kelebihan kepada para pemain Runner FC untuk memupuk persefahaman sebelum turun berentap, awal tahun depan.

Selain itu, Real 7 Futsal juga bersetuju membekalkan baju latihan kepada para pemain dan pihak pengurusan pasukan Runner FC.

Mengulas lebih lanjut, pihak Runner FC akan mengadakan satu majlis jamuan bertempat di pejabat Runner Solution, bersebelahan dengan pondok polis Pasir Tumbuh, malam esok. Semua rakan media beserta ahli KelateDotNet dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Runner FC Pohon Sumbangan Penajaan

RedsFC
Redskelate@yahoo.com.my

Kejohanan Liga Futsal Belia Kebangsaan Zon Pantai Timur yang ditangguhkan sehingga awal januari disebabkan keadaan cuaca kurang mengizinkan membolehkan pihak pengurusan Runner FC mencari penajaan bagi menaja & menambah dana pasukan tersebut dalam pertandingan itu nanti.

Dengan keadaan kewangan yang sedikit menyebabkan mereka kekurangan sumber untuk memantapkan pasukan sebelum kejohanan bermula.

Menurut Shaiful Afezan, sumber kewangan yang kukuh diperlukan bukan untuk pertandingan itu sahaja tetapi ia merangkumi kesemua kos yang terpaksa ditanggung pasukan seperti perlawanan persahabatan, kelengkapan pemain seperti jersi dan peralatan serta kos pengangkutan pemain ke tempat perlawanan di Master Scaff Indoor Dungun,Terengganu.

Setakat ini, Real Seven Futsal di Pasir Tumbuh serta Runner Solution sudah memberi persetujuan untuk menaja pasukan dan kami memohon kepada beberapa syarikat atau pihak persendirian yang berminat untuk sama-sama bersama kami menaja pasukan seterusnya menaikkan mutu sukan futsal negeri.

Untuk pengetahuan, Runner FC merupakan satu-satunya pasukan dari Kelantan yang akan menyertai pertandingan Futsal Belia Kebangsaan.

Oleh itu, sumber penajaan yang diperlukan bukan sahaja dari segi bantuan kewangan ataupun peralatan tetapi komitmen semua pihak bagi menjayakan misi pasukan untuk mengharumkan nama Kelantan dalam saingan Liga Futsal bertaraf kebangsaan seperti ini.

Pihak syarikat ataupun orang persendirian yang berminat untuk memberi penajaan bolehlah menghubungi terus pengurus pasukan Runner Fc, Shaiful Afezan di talian 019-9143435 atau boleh emailkan kepada afezan@gmail.com.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Pra Musim Runner FC Di Ibu Kota

Kuala Lumpur - 5 Dis 2009

Setelah Kej LFBK Zon Pantai Timur ditangguhkan sehingga awal bulan Januari 2010 kerana banjir yang melanda negeri-negeri pantai timur semenanjung Malaysia pihak pengurusan Runner FC akan mengadakan latihan pra musim yang kedua di Ibukota Kuala lumpur.

Menurut pengurus pasukan Runner FC, Shaiful Afezan kesemua 18 pemain & pegawai akan bertolak ke Kuala Lumpur pada 24 dis untuk mengadakan latihan serta perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan handalan yang turut bersaing di LFBK Zon Tengah.Diantara pasukan yang akan ditentang nanti berkemungkinan ialah HarimauMalaya FC & CJFC.

Selain itu,pihak pengurusan juga berhasrat untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan KL Figos-RSA dimana pasukan ini yang dibimbing oleh bekas pemain kebangsaan Mr Yong yang sekarang sedang bersaing di kej Liga Felda FAM.

Mengikut kata ketua jurulatih pasukan iaitu saudara Mohd Afiq Mohd Amin, untuk menentang pasukan yang kuat serta penuh dengan tektikal para pemain harus tenang dan bermain denga rentak sendiri & jangan terlalu menghormati pasukan lawan yang jauh lebih berpengalaman berbanding pasukan Runner FC yang hanya dibentung kira-kira 5 bulan yang lalu.

Selain itu, pihak pengurusan juga mengharapkan sumbangan daripada penaja-penaja untuk membantu memperkasakan pasukan dari segi kewangan & barangan.Setakat ini hanya Real 7 Futsal serta syarikat pembinaan Runner Solution sahaja yang sudi menghulurkan bantuan.Diharapkan akan ada syarikat @ individu yang sudi menghulurkan sumbangan untuk membantu meningkatkan sukan futsal dinegeri Kelantan khususnya.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Runner FC Sertai Kejohanan Futsal Terbuka Kelantan.

RedsFC
Redskelate@yahoo.com.my

Runner FC yang dalam rangka persiapan Liga Futsal Belia Kebangsaan tidak lama lagi akan menyertai satu kejohanan Futsal di HTO De Futsal, Kok Lanas minggu hadapan.

Pengurus pasukan, Shaiful Afezan yang ditemui berkata, pasukan Runner FC akan menghantar dua pasukan ke kejohanan Futsal Terbuka Kelantan, Piala Tan Sri Annuar Musa yang akan berlangsung pada 11 dan 12 Disember nanti.

Kejohanan ini merupakan satu inisiatif dari pihak pengurusan untuk memperkemaskan pasukan sebelum ke Terengganu, katanya kepada RedsFC-News.

Justeru itu, Runner FC akan menghantar satu pasukan utama untuk kejohanan ini dan satu pasukan pelapis bagi memberi pendedahan kepada pemain muda yang rata-ratanya dianggotai pemain bawah umur 18 tahun.

Selain itu, kami juga menyasarkan sesuatu pada kejohanan ini, melayakkan diri ke separuh akhir bagi pasukan utama dan berjaya ke pusingan kedua buat pasukan pelapis.

Menurut ketua jurulatih, Mohd Afiq Mohd Amin, dengan barisan pemain yang ada tidak mustahil sasaran pihak pengurusan akan dipenuhi malahan mungkin kita mampu ke perlawanan akhir jika melihat prestasi semasa mereka.

Walaupun begitu, sasaran ini bukanlah bertujuan untuk menyusahkan para pemain tetapi satu cabaran buat mereka selain berharap pemain sedar yang Runner FC adalah satu-satunya wakil Kelantan yang beraksi di Liga Futsal Belia Kebangsaan di Terengganu.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Runner FC Janji Aksi Terbaik

Kuala Lumpur - 25 Nov 2009

Pasukan Runner FC satu-satunya wakil dari Kelantan yang akan bersaing di Zon Pantai Timur Liga Futsal Belia Kebangsaan berjanji akan mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan pertama LFBK yang akan bermula 4 disember ini bertempat di Master Scaff Indoor Dungun, Terengganu.

Pasukan yang dibimbing oleh Mohd Afiq Mohd Amin baru sahaja menghabis sesi latihan pusat di Real 7 Futsal,Pasir Tumboh ini akan bercuti sehingga 30 Nov.Pasukan ini akan bergerak ke Kuala Lumpur untuk mengadakan 2 perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur menentang pasukan Harimaumalaya.com FC(HMC FC) serta Buceros Futsal Club.

Menurut kata ketua jurulatih kesemua pemain akan dibawa ke Kuala Lumpur dan 2 perlawanan persahabatan yang diatur akan dijadikan medan pemilihan terakhir untuk memilih skuad terbaik yang akan didaftarkan untuk perlawanan pertama nanti.Menurut beliau lagi perlawanan tersebut amat baik kerana kedua-dua pasukan juga akan beraksi di zon tengah & zon borneo.Perlawanan tersebut diharapkan medan untuk para pemain mempamerkan aksi sebenar mereka setelah lebih dua minggu menjalani latihan pusat.

Sambil itu pengurus pasukan iaitu saudara Shaiful Afezan berkata sepatutnya ada 4 perlawanan persahabatan yang diatur namun disebabkan masalah kesuntukan masa hanya dua perlawanan yang sempat diadakan.Namun begitu melihat kepada pasukan yang bertanding di LFBK Zon Pantai Timur, Runner FC yakin akan layak ke Grand Final.

Menurut Shaiful lagi, pasukan sekarang memerlukan sokongan tajaan bagi memperkasakan pasukan.Oleh itu diharapkan ada pihak yang sudi menaja pasukan tidak kira melalui penajaan kewangan @ barangan sukan untuk membantu menaikkan moral pemain sebelum pertandingan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Runner FC Tekad Cabar Kejuaraan

Pasir Tumboh - 19 Nov 2009

Pasukan Runner FC satu-satunya kelab futsal dari negeri Kelantan yang akan bertanding di Liga Futsal Belia Kebangsaan Zon Pantai Timur Awal Disember nanti bertekad untuk mengapai kejuaraan Zon Pantai Timur & seterusnya layak ke Grand Final pertengahan tahun hadapan.

Pasukan ini yang sedang giat menjalani latihan di Real 7 Futsal Pasir Tumboh mensasarkan kedudukan terbaik liga.Menurut jurulatih pasukan,Mohd Afiq Mohd Amin persiapan pasukan ini berjalan lancar dan daripada beberapa perlawanan persahabatan yang dijalankan memperlihatkan peningkatan dari segi skil,stamina serta aspek tektikal semakin kemas & teratur.

Menurut beliau lagi,para pemain akan dibawa ke gimnasium untuk latihan fizikal yang akan dipantau oleh jurulatih yang bertauliah. Sementara itu,pengurus pasukan Shaiful Afezan berkata pasukan Runner FC akan ke Kuala Lumpur untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Harimaumalaya.com FC(HMC FC) serta Buceros Futsal Club.

Perlawanan terbabit akan diadakan selepas hari raya aidil adha & para pemain akan terus ke dungun,Terengganu pada 3 Dis sehari sebelum perlawanan pertama pada 4 Dis.Untuk maklumat lanjut mengenai pasukan boleh layari laman web kelab runnerfc.ning.com.

Menurut Shaiful, beliau mengharapkan ada pihak-pihak yang ingin membantu menaja pasukan ini untuk memperkasakan lagi pasukan serta untuk menampung kos perbelanjaan pasukan sepanjang kejohanan ini berlangsung yang akan bermula dari 4 Dis sehingga 30 Jun 2010.Beliau berkata setakat ini hanya Real 7 Futsal yang sudah menghulurkan bantuan dengan memberi kebenaran untuk menggunakan gelanggang untuk latihan yang diadakan setiap pagi jumaat & isnin serta rabu pada sebelah malam.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan tajaan boleh menghubungi Shaiful Afezan ditalian 0199143435 @ afezan@gmail.com

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Senarai Nama Pemain Runner FC

Setelah selesai sesi pemilihan pemain bagi pasukan Runner FC. 18 pemain terbaik seluruh Kelantan telah dipilih oleh penal kejurulatihan kelab.Berikut ialah senarai pengurusan serta pemain yang akan mengibarkan cabaran pasukan Runner FC ke Liga Futsal Belia Kebangsaan Zon Pantai Timur :

Pengurusan :
Shaiful Afezan Bin Ibrahim Pengurus
Mohd Kamaruzaman Bin Che Ghani Pen. Pengurus
Mohd Afiq Bin Mohd Amin Ketua Jurulatih
Azri Bin Ibrahim Pen. Jurulatih


Senarai Pemain :
Ahmad ezuhan Shafizie -1(GK)
Muhammad Ruzman - 2
Mohd Anuardi - 3
Nazli Azrul - 4
Mohammad Rafiqi - 5(a/c)
Shamsuri Ismail - 6(c)
Amin Zikri - 7
Khairul Irfan - 8
Mohd Hakimi - 9
Nadzri Mat - 10
Faizal Ambari - 11
Mohd Hafezh - 12
Mohd Anuar - 13
Asyraf Ahamad - 14
Nik Rizal Faizal - 15
Mohd Akram - 16(GK)
Mohd Norisham - 17
Muhamad Aslam - 18(GK)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Events

 
 
 

Music

Loading…

Latest Activity

Profile Icon
Photos posted by barose Mar 31, 2010
Profile Icon
barose is now a member of Runner Futsal Club Mar 23, 2010
Profile Icon
Mohamad Ruzman Bin M. Zapawi commented on PrinCe Runner's photo
No 3 dari kanan tu..Smart and Steady...Hahhahhahahah
Feb 23, 2010
Profile Icon
Steady Runner FC...Hahahahha
Status posted by Mohamad Ruzman Bin M. Zapawi Feb 23, 2010

Badge

Loading…

© 2012   Created by PrinCe Runner.   Powered by .

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service